Tips penjagaan pakaian dalam wanita

 

Coli atau bra adalah satu pakaian yang sangat sensitif dan perlu diberi penjagaan yang khas. Termasuk cara mencuci, kerana bentuknya yang memberi sokongan pada payudara perlu dipertahankan selain bagi memastikan coli anda tahan lama dan kekal elok.

1. TIDAK PERLU DICUCI SETIAP HARI

Ini adalah cara penjagaan coli yang paling penting. Anda tidak perlu mencuci bra setiap kali selepas dipakai kecuali sport bra yang digunakan untuk bersukan kerana badan akan berpeluh dengan banyak. Bagi coli harian, cukup sekadar basuh selepas tiga atau empat kali dgunakan. Ini kerana coli yang kerap dibasuh boleh merosakkan bahan-bahan yang memberi sokongan dan strukturnya.

 

2. GILIR-GILIR PAKAI COLI LAIN

Cara lain untuk memastikan bra kamu lebih tahan lama adalah bergilir-gilir memakai coli yang lain untuk beri ia masa untuk kembalikan keanjalan bentuknya.

3. CUCI COLI DENGAN TANGAN

Mencuci coli dengan menggunakan tangan dapat mengurangkan risiko struktur coli rosak. Lagipun, ia semudah mengisi air suam ke dalam baldi dan serbuk pencuci yang sesuai untuk lingerie. Kemudianrendam coli dan bilasnya.Tinggal jemur untuk keringkan. Senang je.

4. SUSUN & SIMPAN COLI DENGAN BETUL

Susun setiap cup di dalam cup yang lain bagi membolehkan mereka mengekalkan bentuk dengan lebih baik dan bertahan lebih lama

5. KERINGKAN COLI

Jangan sesekali keringkan coli anda di dalam mesin pengering atau diperah. Cara ini juga akan merosakkan struktur coli. Selain itu, jangan gantung coli anda dengan menyepit tali bra. Sebaiknya gantung bra pada bahagian tengah.

#tipsfortoday
#bratips
#onlinejoeeyshop

Comments

Anonymous said…
Lucky Club Casino site review - luckyclub.live
Lucky Club Casino site review. luckyclub Read customer reviews, login history, complaints, Lucky Club Casino is part of the iGaming and Gambling

Popular posts from this blog

10 design jersey muslimah yang sedia ada

Kasut kanvas rare gila siot